Monday, September 22, 2008

THE STAR - 19/09/08


Newspaper Cutting - THE STAR, METRO - 19/9/08

Thursday, September 18, 2008

UTUSAN ONLINE - 16 SEPT 2008 (IMPIAN FARID TERLAKSANA

ARKIB : 16/09/2008
Impian Farid terlaksana
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZALshazryn.faizal@utusan.com.my
FARID Kamil dan Jehan Miskin sempat meluangkan masa daripada kesibukan mereka sebagai anak seni untuk bersama-sama insan istimewa sempena keberkatan bulan Ramadan.

SEJAK lima tahun menjadi pelakon, Farid Kamil belum lagi berpuas hati dengan pencapaian yang dikecapinya setakat ini. Katanya, usianya sebagai pelakon masih lagi mentah dan mengakui perjalanannya masih lagi jauh untuk terus membina nama kukuh sebagai aktor yang paling disegani di negara ini.
Tidak dinafikan, selain memiliki wajah yang kacak, Farid juga mempunyai karisma untuk diangkat sebagai seorang pelakon yang berkaliber.
Bahasa tubuh dan gaya lakonannya membuktikan dia tidak cuba untuk meniru mana-mana pelakon yang sedia ada sebaliknya, dia berjaya membina namanya sendiri.
Jelasnya, apa yang ingin dilihatnya adalah industri perfileman tempatan terus maju dan berkembang sehingga satu hari nanti, nama Malaysia disebut oleh karyawan seni di Hollywood dan seluruh dunia.
“Berbanding ketika saya mula-mula menceburkan diri dalam bidang lakonan lima tahun dahulu, saya sudah menyaksikan banyak perubahan yang berlaku dan ia memberikan satu petanda yang cukup positif.
“Dulu, kita belum bersedia untuk memaksimumkan penggunaan teknik imej penjanaan komputer (CGI) dan filem Cicak-Man membuktikan anak tempatan mampu berjaya dan setanding dengan Hollywood,” katanya penuh optimis dan semangat.
Dia berkata demikian sewaktu ditemui pada majlis ramah mesra dan berbuka puasa bersama kanak-kanak sindrom down dari Pusat Anak-Anak Istimewa Sayang yang dianjurkan oleh The Curve baru-baru ini.
Selain Farid, majlis itu juga turut disertai oleh seorang lagi pelakon iaitu Jehan Miskin.
Sehubungan itu juga, atas alasan tersebut menyebabkan dia begitu berminat untuk menerima tawaran berlakon dalam filem terbarunya, Ransan yang akan menjalani penggambaran selepas Aidilfitri nanti.
Filem yang bakal diarahkan oleh pengarah fotografi terkenal, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin itu menyaksikan pembaharuan serta dimensi baru dalam penghasilan filem tempatan.
Kata Farid, Ransan merupakan sebuah filem yang cukup menarik perhatiannya kerana ia merupakan filem yang mengambil konsep filem anime dan berinspirasikan daripada komik Manga yang berasal dari Jepun.
Dimensi baru
“Bukan sekadar filem, tetapi watak yang saya bawakan iaitu Jingga juga saya anggap akan membawa dimensi baru dalam kerjaya seni saya.
“Saya berkata demikian kerana wataknya sahaja sudah menunjukkan kelainan apabila saya akan menjadi seorang agen kerajaan yang cuba menyingkap rahsia yang tersembunyi di sebalik sebuah persatuan silat,” cerita Farid bersungguh-sungguh.
Mengulas lanjut tentang watak Jingga itu, anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini memberitahu, watak berkenaan memerlukan stamina dan kekuatan yang secukupnya memandangkan filem berkenaan cukup padat dengan aksi lasak.
“Untuk itu juga, saya bersama pelakon dan krew akan mula berlatih silat dalam beberapa hari sahaja lagi untuk memantapkan langkah dan pergerakan silat kami.
“Seni silat ini bukanlah satu yang asing buat saya kerana sebelum ini saya pernah membawakan watak yang memerlukan saya bersilat menerusi filem Lembing Awang Pulang Ke Dayang yang masih belum lagi ditayangkan,” kata Farid yang mula mencipta nama sebagai pelakon menerusi filem Cinta Kolestrol.
Selain Farid, filem Ransan turut dibintangi oleh pelakon kacak, Aaron Aziz, Eman Manan, Scha, Sharifah Amani, Atilia dan kemunculan semula pelakon dan aktivis teater tersohor, Ahmad Yatim.
Bergandingan dengan Ahmad Yatim
Farid juga tidak segan memberitahu bahawa impiannya bagaikan terlaksana apabila dapat bergandingan dengan Ahmad Yatim yang disifatkannya sebagai seorang pelakon dan pengajar yang cukup hebat.
Malah, jelasnya, dia masih ingat lagi bagaimana kali pertama bertemu dengannya sewaktu sedang mengikuti pengajian di peringkat diploma di UiTM Shah Alam.
Apa yang membuatkan Farid tertarik untuk mengenali insan seni itu adalah daripada perwatakannya yang misteri dan berbeza daripada orang lain itu.
“Sehinggalah pada satu hari, sedang saya menunggu lif di fakulti saya yang kebetulan ketika itu padat dengan orang. Tiba-tiba dia menyapa saya dan bertanya kepada saya sama ada saya mahu menjadi tua sepertinya.
“Saya bersetuju dan mengikutinya menaiki tangga sehingga tingkat empat. Sebaik sahaja sampai, dia berkata, itu adalah cara yang baik untuk menjadi tua sepertinya iaitu dengan bersenam,” cerita Farid disulami ketawa kecil apabila mengimbau detik pertemuan dengan pelakon itu.
Farid juga memberitahu, filem kegemaran yang dilakonkan oleh Ahmad Yatim adalah Anak Sarawak yang diarahkan oleh Datuk Rahim Razali pada tahun 1988.
Gelaran terbaik
Sesiapa sahaja yang menjadi pelakon, pastinya, mahukan pengiktirafan dengan anugerah terbaik dalam melengkapi profil seni mereka.
Farid Kamil atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari ini juga tidak mampu menyembunyikan isi hatinya itu.
“Siapa yang tidak mahu diiktiraf dengan gelaran terbaik. Saya percaya rezeki itu tetap ada dan saya akan teruskan usaha saya memberikan yang terbaik dalam lakonan saya untuk diiktiraf sebagai yang terbaik.
“Saya juga gembira apabila rakan-rakan serta mereka yang mengikuti perkembangan seni saya memberitahu mutu lakonan saya sudah menunjukkan peningkatan,” tuturnya penuh jujur.
Sebagai rekod, Farid pernah dicalonkan sebagai Pelakon Harapan Lelaki pada Festival Filem Malaysia Ke-18 (2005) menerusi filem Kuliah Cinta.
Apa yang lebih manis lagi buat Farid apabila tahun ini dia menerima pencalonan berganda dalam Festival Filem Malaysia menerusi kategori Pelakon Lelaki dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.
Kedua-dua pencalonan itu diterima Farid berdasarkan kecemerlangan lakonan yang ditonjolkannya menerusi filem Anak Halal dan Kala Malam Bulan Mengambang.
Bercerita lanjut tentang majlis amal yang disertainya ini, Farid turut melahirkan rasa gembiranya apabila dapat bersama-sama berkongsi kegembiraan dengan kanak-kanak istimewa itu.
“Saya sering turut serta dalam majlis amal seperti ini tetapi inilah kali pertama saya terlibat dengan kanak-kanak istimewa ini. Bersama dengan mereka membuatkan saya begitu tersentuh melihat kerenah mereka yang begitu naif.
“Kanak-kanak perempuan yang melihat kelibat saya ternyata teruja dan mengambil peluang ini untuk mendekati saya. Mungkin mereka sudah mengenali saya, jadi perasaan kekok itu tiada dalam diri mereka,” kata Farid.
Pada majlis itu, selain daripada berbuka puasa bersama mereka, Farid dan Jehan turut mengambil inisiatif untuk menemani kanak-kanak tersebut memilih pakaian baru untuk dipakai pada pagi Syawal nanti.

Raya treat for special kids - THE STAR - 18 Sep 2008

Thursday September 18, 2008
Raya treat for special kids
By JADE CHAN

THE expressions of delight and excitement were seen on each of the special children from Pusat Jagaan Anak-Anak Istimewa Sayang (Sayang) as they enjoyed their Hari Raya shopping trip, courtesy of the Curve.

As part of its commitment to reach out to the community during Ramadan, the Curve invited the children from Sayang, a centre that cares for children with autism, ADHD, Down Syndrome and multiple disabilities, for a Hari Raya treat at its premises.

The management and staff of the Curve greeted the children and their caretakers at the shopping mall’s Centre Court, which had an Arabian-influenced Souk Bazaar theme for its Hari Raya decor.

The children were brought to Kwikcut to have new haircuts, followed by a spot of shopping to select new baju raya at MJ by Metrojaya.


Star support: Actor Jehan Miskin (second from right) feeding Mohamad Shafiq, seven, while the other children tuck into their buka puasa dinner

The highlight was when local personalities Jehan Miskin and Farid Kamil made an appearance to interact with the children, and stayed on for a buka puasa dinner at Eden Restaurant with them.

“This is the first outing for today’s group of 19 children comprising nine girls and 10 boys,” said Sayang principal Faridah Zainuddin.

“We kept the event details a secret until they came to the Curve, hence they’re very surprised and excited about the activities lined up for them.

“All the children look forward to showing off their new looks and clothes when they celebrate Hari Raya with their families.”

The Curve centre manager Adele D. Flores said: “This is our way of caring for other members of the community, particularly the less fortunate people, and sharing the festive spirit and joy with them,” she said.

Flores added that each child received a goodie bag with items sponsored by the Curve’s management and tenants, including a school bag, stationery, colouring books and pencils, and some duit raya.

Wednesday, September 17, 2008

KOSMO - 17 SEPT 2008


BIAR hanya Farid Kamil dan Jehan sahaja yang hadir, namun majlis meraikan anak-anak yatim anjuran The Curve ini tetap ceria.



PRIHATIN. Farid Kamil dan Jehan (foto kanan) sedang melayan anak-anak yatim.

NEWSPAPER CLIPPINGS
Home > Newspaper Clippings > Farid Kamil Bergelar Pendekar

17 September 2008 : Kosmo
FARID KAMIL BERGELAR PENDEKAR

Oleh HARYATI KARIM

SUDAH acap kali khalayak melihat wajah jejaka putih melepak ini di layar perak, bukan satu atau dua filem yang pernah menggunakan khidmatnya tetapi sudah melebihi 20 buah filem.
Tidak mahu angkuh dengan apa yang dimilikinya hari ini, Farid Kamil mengatakan banyak lagi perkara yang harus dipelajari untuk bergelar seorang aktor terbaik.
Ini kerana sungguhpun tercalon sebagai Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21) Ogos lalu, dia masih gagal untuk menyakinkan pihak juri bahawa trofi kemenangan adalah miliknya.
"Saya gembira kerana tercalon, tidak menang bukan rezeki, mungkin saya belum cukup bagus untuk memegang trofi ataupun mana-mana anugerah.
"Apa pun saya akui setiap pelakon mengidamkan trofi anugerah termasuklah saya. Bukannya apa, itu adalah pengiktirafan serta bukti peningkatan untuk diri sendiri serta menunjukkan yang bakat kita ini dilihat oleh orang lain," ujarnya.
Dalam tempoh enam tahun bergelumang dalam industri ini, Farid menjelaskan sudah banyak pahit manis yang dilaluinya dan daripada matanya dia melihat sendiri anjakan perubahan industri seni terutama filem Malaysia.
"Kalau dulu, masa saya mula-mula masuk industri, lakonan saya agak keras macam kayu, lama kelamaan ia mula berubah secara perlahan-lahan.
"Tetapi ini tidak bermakna saya tidak boleh ditegur. Saya sentiasa ditegur oleh teman-teman yang mengenali saya sebelum bergelar pelakon lagi kerana merekalah yang paling jujur dalam mengkritik mutu lakonan saya," jelasnya lagi.
Selain itu, Farid menegaskan dia telah mula perasan jurang teknologi perfileman antara Hollywood dan Malaysia semakin berkurangan.
"Jika dulu, adalah dekat 60 tahun kita di belakang mereka. Sekarang ini dengan kemasukan teknologi moden, saya rasa kita ketinggalan dalam 40 tahun saja. Mungkin jumlah itu akan berkurangan dari hari ke hari.
"Maksudnya masa itu orang Hollywood pun akan lihat filem kita, jadi kena usaha dan bawa teknologi yang membantu filem kita untuk mencapai kualiti sama seperti mereka," ulasnya lagi.

Terima watak kerana Ahmad Yatim
Farid yang ditemui semasa majlis berbuka puasa anjuran The Curve Damansara bersama anak-anak istimewa baru-baru ini sempat memberitahu, dia kini sibuk dengan latihan filem terbarunya yang berjudul Ransan.
Filem genre aksi ini memaparkan dunia masa hadapan yang serba moden tetapi diterapkan nilai kemelayuan apabila intipati filem ini berkisar tentang dunia persilatan Melayu.
"Sebenarnya mula-mula saya mahu dapatkan watak ini saya agak takut sebab yang datang uji bakat hampir 150 orang pesilat negara dan saya bukannya pandai bersilat sangat sebab saya ada asas taekwando bukannya silat (ketawa).
"Tetapi syukur alhamdulillah, masa uji bakat saya buka saja langkah dan saya berjaya juga dapat watak dalam filem itu sebagai Jingga.
"Sebelum ini pengalaman berlakon filem silat seperti ini, hanyalah menerusi filem Lembing Awang Pulang Ke Dayang. Itu saja, tetapi ia sedikit sebanyak telah memberi keyakinan pada saya," tuturnya.
Tambahnya lagi, selain jalan cerita yang menarik, sebab utama dia memilih untuk menerima tawaran filem ini hanya kerana Ahmad Yatim yang turut sama berlakon.
"Boleh dikatakan kerana Ahmad Yatim saya tanpa teragak-agak menerima tawaran ini kerana sebelum ini saya tidak pernah berkesempatan berlakon dengannya, jadi ini peluang yang tidak boleh dilepaskan," luahnya jujur.
Bagi menjiwai watak sebagai seorang pendekar dalam filem arahan Raja Mukhriz ini, Farid mengatakan dia sibuk membuat latihan membaca skrip selain mengikuti kelas silat untuk memahirkan lagi dirinya dalam ilmu silat.
"Pengarah mengatakan selagi saya tidak boleh jadi pendekar jangan jumpa dia (ketawa), sebab itu saya bertungkus-lumus untuk memahirkan diri dalam ilmu persilatan ini.
"Sekarang ini, saya hanya pergi ke kuliah, hadiri latihan untuk filem ini serta penuhi jemputan majlis berbuka puasa. Itu saja agenda saya sepanjang bulan puasa ini. Saya memberi tumpuan sepenuhnya untuk filem Ransan," tegasnya.
Sebagai Jingga, Farid bakal melakonkan watak seorang ejen kerajaan yang cuba menyelamatkan legasi dunia silat seantero dunia.
Apa yang uniknya, filem ini tiada heroin, malah Farid juga akan dibekalkan dengan beberapa peralatan canggih yang padanya sesuatu yang cukup mengujakan.
"Seronoklah, sebab saya tidak pernah berlakon dalam sebegini dan ini percubaan pertama saya, harap ia akan menarik perhatian penonton apabila ditayangkan kelak," bicaranya lagi.
Selain Farid dan Ahmad Yatim filem ini turut dibintangi Aaron Aziz, Eman Manan dan Sharifah Amani.
Mendekati anak-anak istimewa
Sementara itu, Farid turut ditemani sahabatnya aktor Jehan Miskin pada majlis berbuka puasa anjuran The Curve itu. Mereka berdua sempat melayani kerenah anak-anak istimewa daripada Pusat Anak-Anak Istimewa Sayang.
"Ini kali pertama saya bersama anak-anak istimewa, selalunya dengan anak-anak yatim saja. Mereka ini memang agak sukar untuk dikawal, tetapi kalau kita kenal mereka, agak mudah untuk berkomunikasi dan menjaga mereka.


________________________________________
"Walaupun cuma sekejap, saya rasa seronok, setidak-tidaknya masa saya terisi juga dengan kerja-kerja amal sebegini, mungkin untuk masa akan datang jika ada kelapangan saya akan turut serta lagi dengan majlis seperti ini," tuturnya.
Manakala, Jehan pula memberitahu dia begitu senang melayani anak-anak istimewa ini, malah dalam masa yang singkat sahaja Jehan telah mula mengenal beberapa orang anak-anak istimewa ini.
"Mereka sangat memerlukan perhatian, walaupun tidak sampai beberapa jam saya dengan mereka, tetapi saya sudah kenal karakter beberapa orang anak istimewa ini.
"Apa yang saya lihat, lelaki lebih agresif berbanding perempuan. Kalau perempuan mudah dikawal dan agak senang untuk kita berborak dengan mereka, yang lelaki susah sikit.
"Tetapi kalau mereka sudah mula menerima kita, semuanya menjadi senang dan sekarang ini pun saya sudah selesa dengan mereka. Saya harap banyak lagi badan korporat akan membantu anak-anak senasib dengan mereka ini," kata Jehan mengakhiri bicara.

Monday, September 15, 2008

Wednesday, September 10, 2008

Outing at The Curve, Damansara







The Curve CELEBRATES RAYA WITH
SAYANG, PUSAT ANAK-ANAK ISTIMEWA
(Article from The Curve website)

SELANGOR, September 9, 2008 – As part of its commitment to reach out to the
community during Ramadhan, Malaysia’s first pedestrianised lifestyle shopping
centre, the Curve, invited a group of down syndrome children from Sayang, Pusat
Anak-Anak Istimewa, Selangor to have a festive buka puasa at its premises.
Upon arrival, the management and staff of the Curve were present to meet and greet
the children at the Centre Court which had an exotic Arabian themed ambience. This
year, the décor was themed Souk Bazaar and the children were able to experience
the rich sights and sounds often associated with the traditional Islamic marketplace.
The children were then ushered to Kwikcut to have new haircuts in preparations for
the Raya celebrations. Kwikcut is a popular hair salon and is known for their fast yet
quality services.

Subsequently, the children were taken to MJ at Metrojaya for a fun shopping spree
to select their baju raya. With vibrant colours and designs, the children were spoilt for
choice as they tried on their new clothing at the well-established departmental store.
The highlight of the day was when celebrities Jehan Miskin, Diana Danielle, Farid
Kamil and Aaron Aziz made an appearance to spend time with the children. Jehan
Miskin is an award winning actor and experienced host while Diana Danielle is a
highly sought after actress. Farid Kamil is also a well-known actor and model while
Aaron Aziz is a popular Singaporean actor.




This was followed by the buka puasa dinner at Eden restaurant which opened its
doors in early September 2006 at the Curve. The restaurant has a strong family
concept and proved to be a hit with the children as they happily tucked in to a
delicious spread of Western and Asian dishes.





Madam Adele D. Flores, Centre Manager, the Curve said, “Staying true to our belief
that festivals are a time for sharing, we have once again invited a group of
underprivileged children to join us for Raya. This is a strong reflection of the Curve’s
initiative to touch the lives of the less fortunate on an annual basis.”
“To brighten up the Raya atmosphere, we have also specially invited these wellloved
celebrities to bring an additional cheer for these children. Overall, we are
pleased to note that all our activities have brought much joy and laughter for them
during this special festival.”

For more information, please contact the Curve’s Customer Care officers at 03- 7710
6868.

Monday, September 1, 2008

SAYANG, PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK ISTIMEWA



Name: PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK ISTIMEWA - SAYANG

Address: NO. 51, JALAN KRISTAL 7/73, SEKSYEN 7, SHAH ALAM, 40000 SHAH ALAM,SELANGOR, MALAYSIA

Telephone / Fax: 03-5511 0564

Email: faridah.zainuddin@yahoo.com. my


Description: Pusat Jagaan Anak-anak Istimewa SAYANG in Shah Alam was established in April 2006. There are currently 30 children in school, consisting of Down syndrome children, Autistic children, Slow- Learning children, Celebral Palsy children, Hyper Active and Intellectually Disabled children, as well as children suffering from audio impairment. The main aim of the school is to train and provide children with all the necessary assistance to develop abilities and to maximize their level of independence so that they are able to achieve as full as possible no matter what their physical disabilities.